Jimat ruang & lipat mudah: Reka bentuk boleh lipat 180° dan boleh simpan tegak, sangat jimat ruang walaupun untuk rumah kecil.
Binaan kukuh & tahan lama: Guna rangka aloi aluminium dan kemasan berkualiti, rasa stabil masa guna.
Operasi senyap: Motor brushless berfungsi dengan bunyi senyap, sesuai guna dalam rumah tanpa ganggu orang lain.
Mudah digunakan: Boleh kawal kelajuan dengan remote atau sensor kaki, sesuai untuk semua peringkat umur.
Pengalaman berjalan/berlari selesa: Trek anti-gelincir dengan lapisan EVA lembut bagi keselesaan dan serapan hentakan.
Kelajuan terhad: Bagi yang biasa berlari laju, treadmill ni mungkin rasa kurang mencabar.
Tapak larian sempit: Lebar trek sesuai untuk berjalan atau jogging, tapi mungkin kurang selesa untuk langkah yang lebih besar.
Agak berat untuk dialihkan: Walaupun boleh lipat, nak alih ke tempat lain agak mencabar kalau buat seorang diri.
Kalau korang jenis yang nak kekal aktif tapi malas nak keluar rumah, Xiaomi Kingsmith Walking Pad R1 Pro / R1S ni memang macam kawan baik baru korang. Bayangkan boleh jogging atau jalan santai sambil tengok drama Korea kegemaran, tanpa risau hujan, panas terik, atau mata orang kat luar. Dengan reka bentuk lipat 180° yang super jimat ruang, korang boleh simpan dia di tepi dinding atau bawah sofa lepas guna, rumah korang tetap kemas dan luas.
Lagi best, dia senyap gila walaupun korang tengah lari, jadi tak kacau anak tidur atau housemate tengah meeting. Trek dia selesa, serap hentakan, dan tak sakitkan kaki walaupun korang guna lama. Kawalan pun mudah, sama ada guna remote atau sensor kaki, tak payah nak tekan banyak butang.
Siapa Patut Beli Xiaomi Kingsmith Walking Pad Ni?

WalkingPad ni memang bukan untuk semua orang, tapi kalau korang masuk dalam salah satu kategori ni, memang berbaloi untuk korang consider:
Korang tinggal di rumah atau apartment kecil – Ruang terhad bukan alasan untuk tak bersenam. Walking Pad ni lipat sampai 180° dan simpan tegak, jadi tak makan ruang.
Nak bersenam tanpa ganggu orang – Motor dia senyap, sesuai kalau korang nak berlari waktu malam atau masa anak tengah tidur.
Kerja dari rumah – Boleh letak depan meja tinggi atau standing desk, sambil jalan perlahan buat kerja. Multitasking sihat.
Korang baru mula bersenam – Kawalan kelajuan fleksibel dan tapak treadmill selesa, sesuai untuk beginner nak bina stamina.
Nak senaman yang konsisten – Tak payah fikir cuaca, tempat, atau masa; bila-bila rasa nak, terus je hidupkan dan guna.
Nak tengok harga terbaru & promo untuk WalkingPad ni? Klik sini.
Kenapa Xiaomi Kingsmith Walking Pad R1 Pro / R1S Berbaloi Dibeli?
Boleh lipat 180° & simpan tegak – Jimat sehingga 90% ruang berbanding treadmill biasa, jadi rumah kekal kemas walaupun ruang terhad.
Motor brushless berkuasa rendah bunyi – Korang boleh berjalan atau berlari tanpa ganggu ahli keluarga, malah sesuai untuk guna waktu malam.
Trek larian anti-gelincir dengan lapisan EVA lembut – Memberi keselesaan maksimum dan serapan hentakan, membantu kurangkan tekanan pada sendi.
Kawalan kelajuan dengan remote & sensor kaki – Mudah tukar kelajuan tanpa berhenti, memudahkan korang kekalkan momentum senaman.
Ciri keselamatan lengkap – Child lock, had kelajuan untuk beginner, dan perlindungan overload memastikan senaman lebih selamat untuk semua ahli keluarga.
Pengalaman Kitorang Guna Walking Pad Ni Sendiri

Masa mula keluarkan dari kotak, terus rasa kagum sebab bila lipat dia memang compact gila. Senang nak alih ke ruang tamu untuk guna, lepas tu tolak tepi dinding bila dah habis. Nak pasang pun senang, buka, cucuk plug, terus boleh start. Bila pijak trek dia, rasa lembut dan selesa, macam ada kusyen. Jalan 20 minit pun kaki tak rasa sakit. Bunyi dia pula sangat perlahan, sesuai kalau duduk apartment atau nak guna waktu malam.
Kitorang cuba jalan santai dan lari perlahan, kawalan sensor kaki memang responsif. Tukar kelajuan ikut rentak langkah, jadi senaman rasa natural tanpa perlu tekan butang. Yang best, boleh letak depan TV sambil capai target 10,000 langkah sehari tanpa rasa terbeban. Lepas habis, lipat balik dan simpan, rumah jadi kemas. Untuk kitorang, ini kombinasi terbaik antara kemudahan, jimat ruang, dan keselesaan.
Benda Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Beli

Sebelum korang buat keputusan untuk beli Xiaomi Kingsmith Walking Pad R1 Pro / R1S, ada beberapa perkara penting yang patut korang ambil kira supaya tak menyesal nanti. Pertama, dia agak berat. Walaupun boleh dilipat dan ada roda untuk alih, nak angkat atau pindahkan seorang diri mungkin mencabar, terutama kalau rumah bertingkat tanpa lif. Jadi pastikan korang ada ruang khas atau tempat simpan yang mudah dicapai.
Kedua, lebar trek dia lebih sesuai untuk berjalan atau jogging ringan. Kalau korang jenis suka berlari laju dengan langkah besar, mungkin rasa sedikit sempit. Ketiga, kelajuan maksimum model R1 Pro ialah 10km/j (R1S sampai 12km/j), jadi kalau korang pelari tegar yang biasa lari laju, treadmill ni mungkin tak cukup mencabar. Dan akhir sekali, harga dia sepadan dengan fungsi dan kualiti, tapi jangan expect ciri-ciri “pro gym” macam incline auto atau skrin besar sebab fokus dia memang untuk kegunaan rumah yang ringkas dan praktikal.
Dengan ambil kira semua ni, korang boleh buat pilihan yang lebih bijak dan elakkan rasa kecewa lepas beli. Kalau gaya senaman korang lebih santai atau nak kekalkan rutin sihat dari keselesaan rumah, Walking Pad ni memang akan jadi pelaburan yang berbaloi.
Dapatkan Xiaomi Kingsmith WalkingPad R1 Pro / R1S original di sini → Tekan untuk beli sekarang.
Apa Review Pengguna Pasal Xiaomi Kingsmith WalkingPad R1 Pro / R1S
"Compact walking pad. Jimat ruang, kualiti binaan solid bahan premium. Bunyi motor senyap, display jelas. Walking mode ada, running mode boleh tahan laju. Terbaik. Berpuas hati."
"Sangat sangat puas hati. Berbaloi dengan harga. Sangat sangat recommended. Design pun cantik sangat."
"I am satisfied with the quality of this product. Relatively easy to use. Recommended for small place area."
"Treadmill ni puas hati dengan saiz dan mudah untuk disimpan. Harap kualiti berbaloi dengan harga."
"Very impressive. Well made, good design, with safety features and can be used without any app. Overall, 5 stars for a quality product."
Spesifikasi & Ciri Xiaomi Kingsmith WalkingPad R1 Pro / R1S
| Ciri / Spesifikasi | Butiran |
|---|---|
| Jenis Produk | Treadmill lipat untuk berjalan & berlari |
| Model | R1 Pro / R1S |
| Aplikasi | KS Fit App |
| Voltan Nominal | 220V |
| Kuasa Nominal | 918W |
| Kelajuan | R1 Pro: 0.5 – 10 km/j |
| Beban Maksimum | 110kg |
| Kuasa Maksimum | 2CV |
| Saiz (terbuka) | 150 x 72 x 90 cm |
| Saiz (lipat) | 98 x 72 x 15.5 cm |
| Saiz trek | 120 x 44 cm |
| Berat | 39kg |
| Pilihan Warna | Silver / Hitam / Leaf Green |
| Ciri Lipat | Lipat 180°, simpan tegak, jimat 90% ruang |
| Ciri Reka Bentuk | Bingkai aloi aluminium, tahan lama & stabil |
| Ciri Motor | Motor brushless, bunyi rendah |
| Trek | Anti-gelincir, lapisan EVA lembut, serap hentakan |
| Kawalan | Remote & sensor kaki (M mode, constant speed) |
| Keselamatan | Child lock, had kelajuan untuk beginner, auto standby, overload protection |
Kalau korang serius nak tambah aktiviti fizikal harian, tak kira untuk kuruskan badan, kekalkan stamina, atau sekadar bergerak lebih banyak, ini antara pelaburan kesihatan yang patut korang buat. Senang kata, waling pad ni bukan sekadar treadmill, ia satu alat yang buatkan senaman di rumah jadi lebih konsisten, menyeronokkan, dan mudah. Memang patut masuk dalam senarai “barang berbaloi beli” tahun ni.
Nak beli Xiaomi Walking Pad ni? Masa untuk mula bersenam di rumah – dapatkan sekarang!