Kualiti Terbaik: Jenama dan kualiti Bosch ni memang diyakini. Build dia rasa kukuh, solid, dan memang dipercayai. Ramai juga suka sebab produk ni original dan boleh register untuk sahkan ketulenan.
Mudah Guna: Ringan, padat, dan selesa digunakan walau sebelah tangan je. Isteri atau mak ayah korang pun boleh guna dengan senang!
Berkuasa: Mode impact dia cukup power untuk tebuk batu, simen, dan kayu dengan senang. Tak sangka drill cordless pun boleh perform macam ni.
Bateri Tahan: Untuk kerja DIY kat rumah tu, bateri dia cukup tahan lama dan boleh siap banyak kerja sebelum perlu cas semula.
Agak Berat: Kitorang rasa drill ni berat sikit, terutama bila guna lama atau untuk orang yang kurang biasa pegang alat yang berat.
Bunyi Agak Kuat: Walaupun tak terlalu bising, bunyi masa guna impact mode masih agak ketara kalau dalam ruang tertutup. Ini rasanya expected untuk setiap drill.
Korang nak menebuk lubang atau drill skru kat rumah tu dengan senang, cepat dan tanpa sakit tangan? Kenalah ada drill atau cordless drill yang korang boleh guna dan bawak ke mana saja. Tapi mana yang terbaik? Harini, kitorang akan review satu cordless drill dari jenama yang sangat terkenal dengan ketahanan dan kualiti dia, Bosch.
Bosch GSB 120-LI Gen 2 ni bukan drill biasa. Cordless, kompak, tapi kuasa dia padu. Dia boleh tebuk konkrit, kayu, malah buat kerja DIY berat pun takde hal. Kitorang suka sebab walaupun kecil dan ringan, dia datang dengan 3 fungsi penting: drill, screwdriver dan impact mode. Lepas cas penuh, boleh settle banyak kerja tanpa perlu cucuk wayar merata.
Yang bestnya, walaupun cordless, kuasa dia setanding dengan drill besar. Nak pasang bracket TV? Tebuk simen? Atau buat rak dinding? Semua ni boleh buat sendiri dengan confident. Tambah pula dengan jenama Bosch yang memang legend bila cakap pasal power tools, confirm tahan lama dan tak buat hal.
Satu je sebab utama: dia bagi korang gabungan kuasa, praktikaliti, dan ketahanan. Semua dalam satu alat yang ringan dan senang pegang.
Ramai expect cordless drill ni lemah sikit. Tapi model ni boleh tebuk simen dan kayu keras dengan senang, siap ada impact mode kalau nak lebih kuasa. Paling penting, tak payah risau pasal wayar terbelit masa kerja.
Tak payah beli alat asing untuk kegunaan korang. Dia boleh drill, pasang skru, dan guna impact mode untuk kerja berat. Memang jimat ruang & bajet.
Jenama Bosch ni memang sinonim dengan alat tahan lama. Model ni kitorang rasa sangat premium rasa dia dan ramai puji build dia solid dan boleh bertahan bertahun walau guna hari-hari.
Tak kira korang baru nak belajar buat DIY, nak guna untuk hobi atau dah biasa pasang bracket dan rak, model ni senang kawal. Kitorang sure perempuan dan warga emas pun selesa untuk guna.
Bosch bagi 2 bateri 12V dalam set ni. Nak kerja tanpa gangguan? Tukar je bateri bila habis. Tak payah tunggu nak cas tengah-tengah projek.

Untuk pastikan Bosch GSB 120-LI Gen 2 ni betul-betul layak masuk senarai “terbaik”, kitorang buat beberapa ujian DIY yang memang biasa orang Malaysia hadap kat rumah.
Tebuk Dinding Simen (Concrete Wall)
Kitorang cuba drill lubang 8mm dan 10mm kat dinding konkrit guna mode impact. Walaupun cordless, kuasa dia cukup mantap, dia tak tersangkut, dan lubang pun kemas. Guna satu tangan pun masih stabil.
Pasang Rak Dapur dan Bracket TV
Ni ujian praktikal: kitorang pasang rak dapur yang perlu tebuk jubin dan bracket TV 32 inci. Bit skru lekat elok, dan torque dia senang kawal, tak terus “makan” skru macam model murah.
Uji Bateri dia. Berapa Lama Tahan?
Satu bateri penuh boleh buat kerja drilling ringan dan skru dalam lebih 1 jam non-stop. Masa cas pula sekitar 1 jam lebih. Dalam set ni ada 2 bateri, jadi korang boleh ganti je bila habis, tak payah tunggu dan kerja pun tak terganggu.
Kegunaan Harian – Selesa Ke Tak?
Kitorang test dalam posisi atas kepala (nak pasang langsir) dan ruang sempit (dalam kabinet). Berat dia terasa sikit lepas 10–15 minit, tapi grip memang selesa dan tak licin.

Ramai orang tengok spesifikasi tapi tak tahu apa maksud dia dari segi penggunaan harian. Jadi kitorang dah pecahkan info penting Bosch GSB 120-LI Gen 2 ni supaya korang tahu apa yang korang bayar tu memang berbaloi.
Voltage: 12V
Volt 12V ni sesuai untuk kerja ringan ke sederhana. Cukup kuat untuk tebuk konkrit nipis, kayu, besi dan skru bracket tanpa rasa underpower. Tak berat macam 18V, jadi lebih selesa guna lama-lama.
Torque maksima: 30Nm
Torque ni kiraan daya pusing. Lagi tinggi, lagi kuat kuasa dia. 30Nm ni dah cukup padu untuk tebuk dinding rumah biasa dan skru panjang. Tak perlu tekan kuat sangat pun, drill ni boleh buat kerja.
Kelajuan Tanpa Beban: 0–400 / 0–1500 RPM (dua kelajuan)
Speed rendah sesuai untuk skru perlahan (supaya tak rosak), manakala 1500RPM tu laju untuk kerja tebuk dan bit kecil. Dua gear ni bantu kawal korang untuk kawal kuasa yang bersesuaian dengan kerja korang.
Chuck: 13mm tanpa kunci
Chuck ni tempat masuk mata drill. Saiz 13mm ni standard untuk kerja rumah, dan "tanpa kunci" maksudnya korang boleh tukar bit cepat dengan tangan je, tak perlu cari alat lain.
Berat: ±1.1kg dengan bateri
Tak terlalu berat, tapi masih ada 'solid feel'. Senang kawal bila kerja overhead atau dalam ruang sempit.
Mod: Drill, Skru, Impact
3-in-1 mode ni yang buat dia best. Guna impact untuk tebuk simen/kayu keras, screw mode untuk pasang perabot IKEA, drill mode untuk general lubang.
Tak semua cordless drill sesuai untuk setiap orang. Tapi yang ni, berdasarkan pengalaman kitorang dan ribuan feedback pengguna, dia memang versatile. Kalau korang dalam salah satu kategori ni, memang patut consider masuk dalam cart sekarang:
1. Pemilik rumah yang suka DIY
Nak pasang rak dinding, bracket TV, langsir, cangkuk atau buat kerja repair ringan sendiri? Drill ni cukup kuat dan senang kawal, so korang buat kerja rumah jadi cepat dan kemas.
2. Orang yang baru nak mula guna power tool
Kalau korang baru je belajar DIY atau baru pindah rumah pertama, ini antara cordless drill terbaik untuk beginner. Tak terlalu berat, tak terlalu kompleks, tapi masih cukup power. Sangat beginner friendly.
3. Peniaga kecil & installer freelance
Ramai pengguna dari kalangan installer TV, kitchen cabinet, tukang freelance guna model ni sebab senang dibawa, tak renyah nak cari plug, dan bateri tahan lama untuk multiple job.
4. Mak ayah atau isteri yang suka buat kerja sendiri
Sebab dia ringan dan tak terlalu bising, ramai juga beli untuk mak ayah di kampung atau isteri yang suka buat DIY kat rumah. Senang guna dan tak menakutkan macam drill besar berwayar.
1. Drill ni cukup kuat ke untuk tebuk konkrit?
Ya, kitorang dan ramai pengguna dah test sendiri. Dengan impact mode, ia boleh tebuk dinding simen atau konkrit ringan dengan mata drill yang sesuai. Untuk dinding tebal atau konkrit keras sangat, mungkin perlukan model 18V, tapi untuk kegunaan rumah biasa, memang cukup power.
2. Perlu beli mata drill asing ke, atau dah termasuk?
Selalunya dalam set standard Bosch GSB 120-LI ni, tak termasuk mata drill. Jadi korang digalakkan beli set mata drill yang sesuai untuk kayu, simen atau besi ikut keperluan.
3. Apa beza Gen 2 ni dengan Gen 1?
Gen 2 ada design yang lebih ergonomik, motor lebih efisien dan torque lebih tinggi (hingga 30Nm). Pendek kata, lebih kuat dan selesa guna berbanding versi lama.
4. Kalau bateri rosak, senang ke nak ganti?
Ya, sebab Bosch punya 12V bateri boleh dibeli berasingan. Ramai seller kat Shopee/Lazada ada jual bateri original Bosch 12V. Kalau satu habis, boleh terus tukar ke bateri kedua.
5. Drill ni bising ke? Sesuai guna dalam rumah?
Mode drill biasa dan screw agak senyap. Mode impact bunyi dia lebih kasar sikit, tapi masih dalam tahap selesa kalau guna dalam rumah. Tak mengganggu jiran.

Bosch GSB 120-LI Gen 2 memang padu untuk korang yang nak satu drill cordless yang power, tahan, dan mudah nak guna untuk kerja-kerja DIY kat rumah. Ramai pengguna puas hati dengan kuasa tebukan dia yang mampu tembus kayu, dinding, malah konkrit ringan. Tambah pula dengan reka bentuk yang kompak, bateri tahan lama, dan 3 fungsi berguna (drill, screw, impact), memang cukup lengkap untuk projek harian.
Walaupun ada pengguna kata dia agak berat sikit dan ada spark masa guna, tapi dari segi prestasi keseluruhan, model ni masih sangat diyakini. Lagi-lagi sebab ini Bosch, satu jenama yang memang terkenal untuk alat elektrik yang tahan lasak dan berkualiti tinggi.
Kalau korang tengah cari cordless drill yang berbaloi, tahan lama dan boleh harap untuk kerja rumah, Bosch GSB 120-LI Gen 2 ni memang patut masuk dalam list korang. Memang berbaloi!