Vivo V50 5G: Kamera Gempak, Bateri Besar, Prestasi Power

Apa Kitorang Suka

Gambar Portrait Yang Padu: ZEISS lens + AI Aura Light bagi efek blur yang natural dan lighting cantik, sesuai untuk selfie & OOTD.

Bateri besar & Caj laju: Berkapasiti 60,000mAh, jadi boleh tahan seharian dan 90W charger boleh caj sampai 100% dalam 30 minit. Battery life memang tak ada isu kat phone ni.

Hardware Sesuai Gaming & Gunaan Harian: Snapdragon 7 Gen 3 + 24GB RAM(extended) buat game & multitasking smooth tanpa lag.

Skrin AMOLED 120Hz & Design Premium: Display cantik dan responsif, rasa macam guna flagship walaupun harga jauh lebih murah.

Tahan Lasak: Dengan IP68 & IP69, phone ni boleh tahan air & habuk jadi korang boleh bawa masuk air tanpa risau.

Apa Kitorang Tak Suka

Masih Guna Funtouch OS: UI dia agak berbeza sikit berbanding phone lain dan ada bloatware awal-awal. Sama macam Android lain, kita kena adjust sikit bagi ringan.

Agak Besar & Berat Sikit: Untuk tangan biasa and besar macam kitorang ni tak ada masalah. Cuma, saiz 6.77 inci dengan bateri besar buatkan dia rasa berat sikit kalau tangan kecik.

Harga yang Confusing: Ada dua storage variant, dan seller kadang listkan harga promo, kena tengok betul-betul sebelum beli. Masalah biasa, tapi menguntungkan kita.

Kesimpulannya...

Vivo V50 5G ni memang hidden gem untuk telefon bawah RM2,000. Korang dapat kamera setaraf flagship, bateri besar, skrin cantik dan prestasi lancar, semuanya dalam satu pakej. Dia deliver lebih daripada harga dia. Memang sesuai untuk content creator, gamer kasual, atau sesiapa je yang nak phone lengkap & bergaya. Memang calon Flagship Killer.

Review Vivo V50 5G

Kalau korang tengah cari telefon bawah RM2,000 yang boleh buat gambar portrait setaraf iPhone, bateri tahan lama gila, dan sesuai untuk gaming tanpa lag... jujur cakap, Vivo V50 5G ni memang patut korang fikirkan.

Dengan reka bentuk cantik, skrin melengkung 120Hz, dan kamera ZEISS yang power gila, Vivo V50 bukan sekadar cantik di luar, tapi hebat kat dalam juga. Sangat balanced dan win-win kalau korang beli dan gunakan ni.

Jom kita kupas satu-satu kenapa ramai orang puas hati dan kenapa kami rasa korang patut beli yang ni je.

Ciri Vivo V50 Yang Lain Daripada Yang Lain

  • ZEISS Multifocal Portrait – Kamera depan dan belakang 50MP ZEISS ni bukan main-main. Hasil gambar sangat jelas, tajam dan natural.

  • AI Aura Light + Group Portrait – Gambar malam dan selfie ramai-ramai pun jadi lawa tanpa perlu edit banyak.

  • 6000mAh BlueVolt Battery + 90W FlashCharge – Boleh tahan satu hari lebih, dan cas penuh pun bawah 40 minit. Jadi, korang boleh main 3-4 game tanpa perlu caj phone ye!

  • Snapdragon 7 Gen 3 + 24GB RAM (12+12 Extended) – Gaming smooth, multitasking laju and 24GB dalam satu phone? Lag? Apa tu?

  • IP68 & IP69 Rating – Boleh ambil gambar dalam air, literally! Korang boleh capture moment menarik masa korang pergi mandi kolam renang, ke hutan, air terjun dan banyak lagi tanpa perlu risau phone korang rosak.

Kamera V50 Ni Memang Padu – Serius Cantik

Kamera Vivo V50 5G

Kalau korang jenis suka ambil gambar, V50 ni memang dibuat khas untuk korang. Boleh dikatakan portrait mode dia setanding iPhone atau flagship Android yang lain dan ramai jugak bagi feedback macam ni. Warna kulit nampak real, background blur yang cantik dan smooth. Selain tu, kitorang rasa 4K video dia sangat stabil dan clear. Tambah pula dengan Live Photo & Film Cam, korang boleh hasilkan content gaya profesional terus dari phone. Boleh guna untuk buat content TikTok korang!

“Yg mana suka begambar tu, bajet bawah RM2K ni la phone yang korang patut aim.” – review Shopee

Display & Design Ala-Ala Flagship

Dengan Equal-Depth Quad Curved Screen, skrin AMOLED 6.77 inci dan 120Hz refresh rate, scroll Instagram dan TikTok pun rasa sedap dan smooth. Visual dia namapk real, terang dan sangat menarik perhatian. Design dia memang premium look, setanding flagship dari brand besar lain.

Pilihan warna dia ada 3 je, tapi semua memang menarik. Dia datang dengan warna Merah, Hitam dan Purple. Kitorang paling suka yang merah. Memang klasik dan cantik!

Gaming & Kegunaan Harian

Berdasarkan pengalaman orang yang dah beli dan review kitorang sendiri:

  • Gaming: Smooth sangat, Mobile Legends & PUBG tiada frame drop atau sikit je. Kitorang bukanlah gamer sejati, tapi cukup untuk rasa perbezaan dia.

  • Multitasking: App berat macam Canva, CapCut dan Google Sheets semua boleh jalan serentak, tanpa memberi kesan kat penggunaan dia.

  • Storan: 256GB/512GB cukup besar untuk simpan video, apps & gambar korang. Jadi, korang tak perlu nak delete dan maintain selalu.

“Saya beli sebab nak gaming – tak mengecewakan langsung! RAM besar, storage pun banyak!” – pengguna Reddit

Bateri Yang Besar, Cas Laju

6000mAh tu besar weh! Dengan screen besar dan chip laju, tak semua phone boleh tahan lama, tapi Vivo V50 memang power. Tambah pula 90W FlashCharge, korang boleh cas kejap je terus jalan semula. Lepas setel game, korang cucuk phone ni dan pergi mandi atau minum kejap, dah boleh terus guna balik.

“Performance memang bagus, bateri tahan gila dan tak panas walaupun main game.” – review Shopee

Ketahanan & Value

Kalis Air Vivo V50

Dengan rating IP68 & IP69, korang boleh guna V50 masa hujan, kat tepi kolam atau waktu aktiviti lasak, jadi dia sesuai sangat untuk lifestyle aktif. Untuk harga bawah RM2000, dengan spec macam ni, seriously berbaloi dan susah nak lawan.

Harga Vivo V50 5G

Mengikut review kitorang, phone ni:

  • Harga bermula dari bawah RM2,000. Boleh tengok kat sini untuk harga sekarang.

  • Jauh lebih murah berbanding Pixel atau Samsung S Series

  • Tapi kualiti gambar dan performance sangat memuaskan. Boleh setanding flagship model jenama popular kat luar tu.

Korang akan dapat flagship experience tanpa kena bayar harga flagship. Best deal? Confirm.

Patut Ke Beli Vivo V50 Ni?

Vivo 5G Test Malaysia

Kalau korang:

  • Suka ambil gambar & video lawa (portrait mode dia padu)

  • Nak bateri besar dan tahan lama

  • Nak phone yang smooth & laju untuk gaming

  • Perlukan storage besar untuk content

  • Perlukan phone tahan lasak dan waterproof

Jawapannya....

Vivo V50 5G memang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Klik link di bawah untuk tengok promosi baru, warna pilihan, dan review pengguna lain. Kadang-kadang ada diskaun RM200 ke atas, siap dengan hadiah percuma lagi!

🔗 Beli Sekarang di Shopee – Stok Terhad!

Nak beli phone baru? Jangan tunggu sampai harga naik. Vivo V50 ni bukan sahaja power, tapi memang direka untuk orang yang tahu apa yang mereka nak.

Jangan tunggu lama-lama. Grab sekarang selagi stok masih ada!

Tengok Artikel Lain