Bunyi yang mantap untuk harga bajet: Dengan sistem dual driver, korang akan dapat bass yang padu dan vokal yang jelas, jadi rasa macam pakai earbuds mahal walaupun harga bawah RM 300.
Smart dial pada casing: Dial fizikal pada case ni bukan sekadar hiasan. Korang boleh guna untuk adjust volume, skip lagu, tukar ANC, semua tanpa perlu sentuh earbuds. Sangat futuristik.
Bateri tahan lama & cas pantas: Playback sampai 43 jam dengan case, dan cas 10 minit je pun boleh tahan berjam. Memang sesuai untuk korang yang selalu on-the-go.
Boleh custom ikut selera korang: Guna app Nothing X untuk tukar setting bunyi, ANC, smart dial dan banyak lagi. Rasa macam pakai produk premium.
Bass kadang terlalu kuat:Tuning asal agak berat pada bass. Kalau korang jenis suka bunyi yang neutral atau balance, kena tweak sikit dalam app.
ANC tak setanding earbuds flagship: Memang boleh kurangkan bunyi sekeliling, tapi kalau korang nak betul-betul ‘senyap dunia luar’, ni bukan tahap premium.
Casing senang calar: Design memang cantik, tapi permukaan matte dia senang tergores kalau terlanggar apa-apa.
Kurang sesuai untuk audiophile tegar: Lagu orkestra atau instrumental kadang-kadang kedengaran agak serabut, kurang crispy dan clear berbanding earbuds mahal. Tapi untuk guna biasa, ok sangat-sangat.

Kalau korang baru je mula kerja dan tengah fikir apa reward pertama untuk diri sendiri, earbuds adalah pilihan yang logik. Kitorang pun sama, cari sesuatu yang berguna, nampak cool, dan boleh tahan lama.
Jadi bila kitorang jumpa CMF Buds Pro 2, kitorang decide untuk betul-betul pakai. Bukan untuk sehari dua, tapi untuk commute harian, call waktu kerja, dan lepak petang sambil dengar lagu atau main game.
Dan hasilnya? Untuk harga bawah RM 300, memang banyak benda yang kitorang tak jangka. Bunyi dia punchy, noise cancelling bagi ruang personal dalam train, dan smart dial dia buat korang rasa macam pakai earbuds mahal. Paling best, bass dia mantap, sedap layan lagu R&B dan hip-hop.
Kalau korang nak naik LRT sambil layan dan feel muzik, nak on call tanpa bunyi bising, atau lepak kat kafe sambil buat kerja , CMF Buds Pro 2 ni memang patut korang beli dan guna.

Korang perasan tak sekarang ramai orang share pasal satu earbuds warna oren yang lawa tu? Kat TikTok pun dah mula naik video-video unboxing, review, siap ada yang kata “ini dia earbuds paling cun bawah RM300”. Kitorang pun mula tertanya, hype je ke ni?
Jarang dengar jenama CMF ni, tapi, rupa-rupanya CMF ni bukan brand biasa. Dia anak syarikat Nothing, jenama yang tengah naik sebab design dia yang clean dan unik. Bila kitorang tahu earbuds ni ada smart dial, noise cancelling, bunyi padu, dan design yang lain dari lain… terus rasa nak try sendiri. Dan lepas test? Jujurnya, memang lain macam.
Dengan dual driver system yang asingkan bass dan treble, korang akan dapat bunyi yang full, jelas, dan tak semak.
Nak dengar muzik masa jalan balik rumah lepas kerja? Rasa macam escape dari penat seharian. Nak chill sambil dengar lo-fi dalam bilik? Bunyi dia memang puas hati dan selesa nak guna setiap hari.
Kitorang memang suka lagu yang bass heavy. Contoh macam lagu Eminem, 50 Cent, The Weeknd dan macam-macam lagi, memang CMF Buds ni handle dengan mudah je tau. Kitorang agak terkejut dan tak sangka earbud sekecik ni boleh hentam bass sepadu ni.
Boleh duduk dalam MRT atau kafe bising tanpa gangguan. Lagu korang kekal jelas, dan otak boleh fokus.
Nak dengar bunyi sekeliling semula? Just tukar ke Transparency Mode. Semuanya dengan satu sentuhan. Dia takleh perfect, tapi sangat power untuk harga CMF Buds ni.

Casing dia ada dial fizikal yang korang boleh pusing untuk adjust volume, skip lagu, tukar ANC mode dan banyak lagi.
Kalau korang jenis suka benda yang nampak lain dari yang lain, ni antara ciri paling menarik dalam CMF Buds Pro 2. Earbuds premium lain pon tak dapat macam ni tau. Ni memang rare dan one of a kind!
Total 43 jam playback dengan case. Cas 10 minit pun boleh tahan berjam. Untuk korang yang selalu rushing, ni penyelamat. Setakat kitorang cuba ni, memang tahan berjam bateri dia ya tanpa caj. Tapi, bila korang masukkan dia dalam case, dia akan terus charge earbuds korang. Jadi dua dalam satu, tempat simpan dan tempat caj bateri!
Kadang bass dia terlalu kuat. Tapi boleh di-adjust dalam app dia ikut selera korang. Macam kitorang cakap tadi, lagu kitorang mainly hip-hop dan R&B yang bergantung pada bass, jadi memang match made in heaven! Tapi, kalau jenis yang minat classical music, rock atau yang lain-lain, kena adjust sampai puas hati kat dalam app dia.
ANC dia tak tahap premium, tapi cukup bagus untuk bunyi background biasa. Untuk harga ni, memang puas hati.
Design casing lawa, tapi mudah calar, jadi elok juga kalau korang dapatkan casing extra kalau nak simpan dalam beg. Kitorang baru pakai beberapa minggu dah ada beberapa calar kat casing dia dah. huhu
Kalau korang rasa ni semua macam “aku lah tu”, CMF Buds Pro 2 ni memang untuk korang.

Dia bukan sekadar earbuds bajet. Ini pengalaman premium dengan harga mesra gaji pertama.
Dari sound, ANC, bateri, sampai smart dial, semua rasa macam barang RM500 ke atas. Tapi korang boleh dapat dengan harga bawah RM300 je.
Kalau korang dah sampai sini dan tengah berkira-kira, kitorang suggest klik je link ni dan tengok sendiri kat Shopee. Tengok harga, baca review pembeli lain, dan kalau ngam, lock terus.
👉 Klik sini untuk tengok harga kat Shopee
Selamat memilih earbuds!