Pasal PatutKeBeli
Kitorang tau betapa sakitnya hati bila beli barang yang “nampak cun”, cantik dan tahan tapi hancur bila sampai atau lepas beberapa kali je guna.
Jadi, kitorang cuba cari, banding, dan ulas produk secara jujur, supaya korang dapat produk yang terbaik dan jimatkan duit korang. Dari barang rumah, gadjet, barangan lelaki dan perempuan, sampailah ke automotif. Semua kitorang geledah dan review.
PatutKeBeli.com diwujudkan dengan satu tujuan:
Untuk tolong korang buat pilihan bijak sebelum beli apa-apa online.
Siapa Yang Buat Review Ni?
Sekarang ni, team kitorang belum lagi besar sebab kitorang baru lagi bermula dengan PatutKeBeli.com. Jangan risau, walaupun berdua, kitorang tetap jaga kualiti dan integriti review kitorang!

Arini Nawang Wulan
Chief Executive Officer
Peminat kucing, arts, dan pastry. Seorang yang teliti dan bijak berjimat. Sentiasa cari barang yang berbaloi dan promosi terbaik. Motif penulisan adalah fokus pada nilai dan penjimatan sebenar untuk pembaca.

Shazery Nasir
Chief Content Officer
Web developer dengan 15 tahun pengalaman. Minat mendalam dengan teknologi dan barang baru. Latar belakang dalam computer engineering, jadi memang suka test sampai rosak untuk tahu barang tu betul-betul power ke tak. Sekarang banyak tulis review dekat Renovate-Rumah.com untuk bantu orang buat pilihan bijak sebelum beli.
Apa Yang Kitorang Review?
Kitorang fokus kepada barang yang kitorang sendiri guna atau tengah cari. Kitorang fokus pada produk yang;
- Diguna ramai orang kat Malaysia ni
- Ada value for money untuk korang
- Senang dibeli seperti di Shopee, Lazada, etc.
Dari kipas, air fryer, vakum, drill, barang outdoor, sampailah ke barang baby dan barang kereta, kitorang cuba untuk bagi korang review yang menyeluruh, senang faham dan praktikal sebelum korang pull the trigger dan beli barang tu.
Kenapa Kena Percaya Kitorang?
Kitorang bukanlah website dropship, penjual barang ataupun website yang menggunakan AI untuk menulis semata-mata.
Kitorang bina website ni untuk jadi sumber info jujur dan tulen dari rakyat marhaen, kepada rakyat marhaen.
Kitorang memberikan review dan kajian yang jujur berkaitan satu-satu produk tu. Kitorang hanya meletakkan affiliate link sahaja, bergantung kepada korang nak beli atau tidak melalui link tu.
Kalau korang suka dan dapat value dengan apa yang kitorang buat, support la kitorang dengan klik link affiliate dalam review kitorang. Takde caj tambahan untuk korang, tapi membantu kitorang teruskan usaha ni.
Terima kasih sebab singgah kat PatutKeBeli.com ❤️