TTRacing Swift Pro X: Kerusi Gaming Yang Selesa & Nampak Pro

Cushion empuk, seat lebar & design premium. TTRacing Swift Pro X ni memang sesuai untuk gamers baru yang nak kerusi gaming selesa, tahan lama & tak panas duduk lama.

Apa Kitorang Suka

Selesa gila untuk sesi panjang: Cushion tebal, empuk dan tak rasa lenguh walaupun duduk 4–5 jam

Reka bentuk nampak mahal & kemas: Akan menaikkan esthetic gaming korang lagi.

Seat lebar & stable:: Sesuai sangat untuk badan besar dan rasa yakin bila baring/reclining

Material breathable & sejuk: Tak rasa melekit walaupun bilik tak pasang aircond

Apa Kitorang Tak Suka

Harga mungkin tinggi sikit: Ni kalau korang bandingkan dengan kerusi lain di pasaran

Tak ada adjustable lumbar support: Cuma dapat bantal biasa, tapi tebal jugaklah.

Kesimpulannya...

Kalau korang serious nak mula bina setup gaming proper, TTRacing Swift Pro X memang patut masuk shortlist. Dia bukan je nampak premium, tapi juga sangat selesa untuk long session, boleh tahan lama, dan sesuai untuk pelbagai saiz badan. Ramai pengguna baru pun terus puas hati lepas pakai. Jadi kalau korang nak beli kerusi gaming pertama yang takkan menyesal, Swift Pro X ni memang berbaloi.

Review TTRACING Swift X Pro

Kalau korang tengah cari first ever gaming chair dan tak nak tersalah beli, TTRacing Swift Pro X ni memang boleh jadi pilihan yang padu. Reka bentuk dia nampak premium, dan paling penting, sangat selesa walaupun duduk lama berjam-jam depan PC.

Dia datang dengan reclining hingga 155°, lebar tempat duduk yang sesuai untuk saiz badan besar, dan armrest 2D yang boleh laras ikut keselesaan korang. Material pula boleh pilih sama ada leatherette atau softweave fabric – dua-dua jenis sejuk bila duduk, tak rasa lekit walaupun bilik takde aircond.

Cushion dia jenis tebal dan tak cepat kempis. Bila duduk, memang rasa supportive, takde rasa keras atau macam duduk atas sponge murah. Bila baring pun rasa stable dan tak goyang, satu benda yang ramai pengguna highlight. Setup pun senang gila – semua tools dah siap dalam kotak, siap ada step-by-step guide.

Kerusi ni selesa ke untuk duduk lama?

Ya, selesa gila.
Cushion dia tebal dan “dense”, bukan jenis sponge murah yang cepat leper. Bila duduk lama pun tak rasa pressure kat belakang peha atau pinggang.

Kitorang perasan jugak lepas 5 hari guna, tak rasa sakit belakang langsung, sebab posture duduk automatik jadi tegak dan support dia padu.

Dan kalau korang suka baring sekejap lepas sesi gaming, reclining dia boleh pergi sampai 155°, dan rasa sangat stabil bila baring.


Material dia panas tak?

Kitorang test dua versi: leatherette & softweave fabric. Dua-dua memang tak panas.

Tapi kalau korang jenis cepat berpeluh, fabric version memang win. Langsung tak rasa melekit, walaupun bilik tengah tengahari panas.


Senang pasang ke?

Ya.
Satu orang pun boleh pasang sendiri. Tools semua dah bagi siap. Ada manual step-by-step, dan parts dia semua rasa premium, tak ada skru longgar atau komponen plastik murahan.


Feedback Dari Pembeli Lain

Beratus pembeli lain pun bagi rating tinggi (ramai bagi 5 bintang kat Shopee), dan antara feedback paling kerap keluar:

  • “Cushion selesa, tak lenguh duduk lama”

  • “Senang pasang, semua lengkap”

  • “Material sejuk walaupun duduk lama”

  • “Sesuai untuk badan besar, tak sempit langsung”

  • “Design dia nampak macam kerusi mahal”


Spesifikasi TTRacing Swift Pro X (Untuk Korang Yang Nak Detail)

Walaupun kita fokus pada manfaat & pengalaman guna, ada juga yang suka tahu specs penuh:

Ciri Detail
Bahan Premium PU Leather / Softweave Fabric
Reclining Hingga 155° dengan lock
Armrest 2D Adjustable (naik/turun, kiri/kanan)
Berat maks. sokongan 120–130kg (real-world test: up to 100kg++)
Saiz seat Lebar & sesuai untuk pengguna besar
Base Aluminium Alloy (lebih tahan & stabil)
Aksesori Bantal kepala & lumbar support loose
Waranti 2 tahun dari TTRacing Malaysia

Nak Beli? Tengok Harga Promo Terkini Dekat Sini

Tengok Artikel Lain