70mai A500S Pro Plus Review: Dashcam Berkualiti 2K HD + GPS.

Apa Kitorang Suka

Kualiti video memang padu: Dengan video berkualiti 2K, sangat jelas siang dan malam, senang nampak nombor plat & details kalau terjadi apa-apa

Ada Built-in GPS: Feature ni sangat membantu untuk rekod lokasi kalau jadi apa-apa, memudahkan korang.

Angle Rakaman Luas: Segala jenis detail mesti terakam dengan kamera depan yang sampai 140° dan dashcam belakang sampai 130°

Senang Pasang: Dash cam ni senang nak pasang, hanya plug and play. Cuma, wiring untuk kamera belakang tu susah sikit kalau kereta SUV atau MPV.

Value For Money: Untuk harga dashcam A500S Pro ni, feature dan keselamatan yang dia bawa kat korang, memang berbaloi. Harga kamera ni justified untuk value yang dia beri.

Apa Kitorang Tak Suka

Parking Mode Kena Tambah: Untuk dapatkan perlindungan 24 jam dan semasa parking, korang perlukan hardwire kit yang berasingan.

Memory Card Not Included: Sama bila korang beli dash cam lain, memory card tak akan dapat sekali. Jadi, korang kena spend sikit untuk beli memory card yang berkualiti.

WiFi Connection Slow: App dia sangat bagus dan senang guna, tapi slow bila connect ke WiFi dashcam tu. Nak download satu video agak lama.

Kesimpulannya...

Kalau korang tengah fikir nak pasang dashcam yang gambar cun, ada GPS, dan senang nak setup sendiri, 70mai Pro Plus A500S memang patut korang consider. Dia bukan saja bagi rakaman yang boleh jadi bukti kalau ada incident, tapi juga harga dia sangat berbaloi dengan feature yang ditawarkan. Lagi-lagi sekarang makin banyak kes scam dan accident pelik-pelik, memang rasa lebih tenang bila ada dashcam macam ni dalam kereta. Boleh masuk list korang.

Kenapa Kereta Korang Memang Perlukan Dashcam Sekarang

Dashcam dalam Kereta

Sejak kebelakangan ni makin banyak kes viral dan pelik berlaku kat jalan raya Malaysia ni. Ada lori bawak laju tak ingat dunia, mat rempit cilok suka hati, scammer sengaja berhentikan kereta depan kita dan buat-buat accident. Macam-macamlah! Kadang-kadang kita sendiri drive elok pun boleh jadi mangsa.

Kalau benda ni jadi, paling stress bila kena buat report polis atau claim insurans tapi tak ada bukti. Kena explain panjang-panjang, kadang tak ada saksi pun. Silap haribulan claim tak lepas, duit sendiri jugak yang keluar.

Sebab tu dashcam bukan lagi barang ‘nice to have’. Sekarang dah jadi satu benda yang patut ada dan wajib dalam setiap kereta. Bila ada rakaman video yang jelas, terus boleh tunjuk bukti. Polis, insurans, semua lebih senang urus. Dan yang paling penting, korang pun drive lebih tenang sebab tahu ada ‘mata’ rakam setiap masa. Memudahkan korang dan menjamin keselamatan keluarga dan harga korang.

Kenapa Ramai Tengah Cari Dashcam Macam 70mai Pro Plus A500S Sekarang?

70mai A500S Pro Plus+ malaysia

Bila dah decide nak pasang dashcam, mesti korang akan mula survey model yang betul-betul berbaloi. Memang banyak pilihan kat Shopee, Lazada dan TikTok Shop, tapi model yang selalu naik ranking & ramai recommend sekarang ialah 70mai Pro Plus A500S.

Kenapa?

Sebab dia bagi kualiti rakaman 2K (1944p) yang sangat jelas, siap dengan wide angle 140°, jadi boleh nampak banyak kawasan depan. Built-in GPS pulak automatik rekod lokasi dan kelajuan, senang kalau nak guna untuk report. Tambah lagi, setup dia mudah, ramai user kata boleh pasang sendiri je. Kalau korang nak extra, boleh tambah rear cam untuk rakam belakang sekali, dan parking mode pun ada (kena beli hardwire kit).

Paling penting, harga dia sangat value for money. Dalam banyak model 2K dashcam + GPS, A500S ni antara yang paling balanced dari segi spec & harga. Itu sebab ramai parent, driver harian, rider e-hailing pun recommend model ni.

Tengok harga terbaru 70mai Pro Plus A500S kat Shopee

Apa Yang Korang Dapat Dengan 70mai Pro Plus A500S Dashcam

Kalau korang pilih 70mai Pro Plus A500S, ini benda best yang korang akan dapat:

Rakaman Video 2K Super Jelas

Dashcam ni pakai sensor SONY IMX335, salah satu sensor yang memang banyak digunakan dalam kamera premium. Dengan resolusi rakaman 1944p (Quad HD), kualiti video dia jauh lebih jelas berbanding dashcam biasa yang cuma 1080p.

Kelebihan resolusi tinggi ni? Detail kecil macam nombor plat, sticker, warna baju orang memang senang nampak, even dalam keadaan cuaca yang tak menentu. Bila malam pulak, sensor ni low-light optimized, jadi korang tetap boleh nampak detail walaupun jalan tak cukup lampu. Kalau tiba-tiba ada insiden, rakaman 2K dan berkualiti macam ni boleh jadi bukti yang sangat kuat untuk polis & pihak insurans.

Wide Angle 140°

Kebanyakan dashcam murah ada angle bawah 120°, jadi view dia agak kecik. A500S bagi wide angle 140°, yang cukup luas untuk cover keseluruhan jalan depan + lorong sebelah.

Dalam kes accident yang melibatkan kenderaan potong dari tepi atau pejalan kaki muncul tiba-tiba, wide angle ni penting sebab rakaman tu boleh nampak lebih banyak situasi sebenar, bukan sekadar depan kereta saja. Jadi, takde lah lagi orang boleh tuduh kita salah or apa-apa lagi, bukti video dah ada!

Built-in GPS

Bukan semua dashcam ada GPS built-in. Dengan A500S, semua rakaman akan ada overlay GPS: lokasi & kelajuan semasa.
Dari segi undang-undang, ni sangat membantu sebab polis atau adjuster insurans boleh verify lokasi kejadian & keadaan masa tu. GPS overlay jugak boleh bantu dalam kes penipuan road bully/scam accident, sebab boleh buktikan kereta kita memang tengah bergerak normal, bukan speeding atau main brek.

Boleh Tambah Rear Cam (RC06)

Nak tambah lagi layer keselamatan? A500S support rear cam RC06 (rakaman 1080p). Bila combine depan + belakang, coverage jadi jauh lebih menyeluruh.

Ramai driver e-hailing & parent yang pilih tambah rear cam sebab parking, reverse accident, atau kena langgar dari belakang pun boleh dapat rakaman jelas. Ini sangat berguna untuk kes rear-end collision yang kadang-kadang susah nak argue kalau tak ada rakaman belakang.

Parking Mode (Optional)

A500S support parking mode, tapi kena guna hardwire kit tambahan(optional accessory). Bila aktif, dashcam akan terus monitor kereta masa parking, dan auto-record kalau detect movement/impact.

Statistik menunjukkan banyak insiden berlaku masa kereta parking: calar, langgar lari, vandalism. Dengan parking mode ni, korang ada extra peace of mind, boleh tidur dengan lebih tenang, dan kalau ada apa-apa, boleh tengok balik apa yang jadi.

Senang Pasang & Connect ke Apps

Salah satu kelebihan A500S ni: DIY friendly. Ramai user kata boleh pasang sendiri, plug & play guna power dari cigarette lighter atau port USB.

Lepas tu, boleh connect ke apps 70mai via WiFi. Kat apps ni boleh tengok live view, playback rakaman, download video, dan setting semua feature. Senang sangat kalau korang jenis suka urus dan pasang sendiri tanpa perlu upah installer.

12 Bulan Waranti

Produk original dengan waranti rasmi 12 bulan.

Kalau ada defect atau masalah dalam tempoh waranti, boleh terus claim. Nni penting sebab dashcam ni nak guna harian, dalam cuaca Malaysia yang panas. So waranti ni bagi extra confidence untuk jangka panjang.

Spesifikasi Utama 70mai Pro Plus A500S

Bila korang tengah pilih dashcam, memang penting untuk tengok spesifikasi penuh supaya senang compare dengan model lain. Lagi-lagi kalau korang jenis yang nak tahu detail macam sensor, resolusi kamera, ada GPS ke tak, dan apa fungsi yang support.
Sebab tu kitorang letakkan table ni supaya korang boleh nampak terus apa yang A500S ni offer, tanpa perlu scroll panjang-panjang atau cari info kat website lain.

Spesifikasi Detail
Model 70mai A500S
Sensor Video SONY IMX335
Resolusi Video Depan 1944p (2.7K Quad HD)
Wide Angle 140°
Resolusi Rear Cam (Tambahan) 1080p (RC06)
GPS Built-in
Parking Mode Support (perlu hardwire kit)
Connectivity Wi-Fi 2.4 GHz
Input Power 5V 2A (Car cigarette lighter)
Battery Lithium polymer 500mAh
Waranti 12 bulan

Klik sini kalau korang nak tengok promo & review user lain untuk A500S

Cara Kitorang Pilih & Review Dash cam Ni

review dashcam 70mai A500S Pro Plus+

Macam biasa, untuk setiap produk yang kitorang review kat sini, kitorang bukan sekadar baca spek je. Untuk 70mai Pro Plus A500S ni, kitorang sendiri dah test pasang dan guna dalam kereta, bawa daily, tengok kualiti rakaman siang & malam, cuba GPS function, dan try connect ke app dia.

Selain tu, kitorang memang buat analisis feedback orang yang dah beli. Dalam kes A500S ni, kitorang baca satu-satu dan setiap 600+ review kat Shopee, tengok apa recurring issue dan jugak apa benda yang orang paling suka.

Secara personal, kitorang memang percaya kalau dah hari-hari bawa kereta, dashcam ni bukan lagi optional, tapi dah jadi keperluan. Macam kitorang sendiri, bila tengok makin banyak kes scam accident, road bully, lori bawa gila, memang rasa lega sangat bila ada dashcam dalam kereta. Bila pasang A500S ni sendiri, kitorang suka sebab rakaman dia memang clear, angle luas, dan GPS function tu sangat berguna kalau betul-betul jadi kes nanti.

Jadi bila kitorang pilih nak rekomen kat korang:

Kitorang pastikan rakaman betul-betul boleh pakai kalau buat claim/report

User experience senang, bukan jenis leceh setting sampai stress

Harga berbaloi, sebab tak semua orang nak spend ribu-ribu untuk dashcam je.

Akhir Kata

Jalan dan pemandu sekarang makin tak boleh jangka. Bila drive, kita bukan je bawa kereta,kita bawa anak, isteri, suami, family dalam tu. Pasang dashcam macam 70mai Pro Plus A500S ni bukan sebab nak nampak canggih, tapi sebab kita bertanggungjawab pada diri sendiri & keluarga untuk buat perjalanan tu lebih selamat & ada backup kalau apa-apa jadi. Selain pastikan pemanduan kita mantap, kita juga kena pastikan keselamatan kita dari orang lain jugak.

Kalau korang tengah fikir nak beli dashcam, memang patut sangat masuk list korang.

Klik link ni untuk dapatkan 70mai Pro Plus A500S SEKARANG!

Tengok Artikel Lain